Wednesday, 3 January 2018

AKTIVITI PAGI DITERUSKAN LAGI. SENYUM DAN SALAM

04 Jan 2018: Senyum dan salam merupakan elemen dalam adab 5s. Senyum dan salam diberikan kepada para pelajar yang datang ke sekolah daripada guru kepada pelajar untuk memberikan suntikan semangat dan rasa diri mereka dihargai semasa mereka sampai ke sekolah.

Senyuman merupakan satu elemen yang penting yang diberikan secara neutral kepada para pelajar dari seorang guru memberikan aura dan rasa yang baik kepada para pelajar yang menerima senyuman yang ikhlas dari seorang guru. Hal ini secara tidak langsung memberikan satu semangat kekitaan di antara pelajar dan guru-guru menjadi guru kepada pelajar khususnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana.

Salam Juga dipraktikkan kepada para pelajar SMK Puchong Perdana untuk mendidik Supaya mereka menghormati guru dan juga orang yang lebih tua daripada mereka. Dengan adanya praktik yang sebegini insya-allah membolehkan para pelajar membiasakan diri dengan Salam apabila keluar daripada zon SMK Puchong Perdana











No comments:

Post a Comment